Sinopsis Episod 2
NoraElena/All/in.ep02 by 86_Izat_Neo
Di pejabat pula, Azira ternampak Malek bertukar baju dengan bossnya Seth, Azira salah faham dan menyangkakan Malek mempunyai hubungan terlarang dengan Seth.
Seth masih cuba mencari Nora melalui kakaknya dan facebook. Azira pula memberitahu Seth tentang Nora Elena yang merupakan tunangan Eid.
Seth memerhatikan Eid dan Nora Elena di kafe, sewaktu Nora Elena cuba memberitahu tentang dirinya yang ternoda kepada Eid. Tetapi Eid memperlekehkan kata-kata Nora Elena.
Sementara itu, Nora Elena masih bersikap skeptikal terhadap lelaki. Kebetulan Amir bermain bowling bersebelahan dengan lorong mereka. Kawan serumah Elena pula bermesra dengan Amir dan Nora Elena marah.
Seth cuba mengorek identiti Elena melalui Eid.
Sewaktu hari mencuba fitting baju pengantin, Eid membiarkan Nora Elena pergi mencuba sendiri, kebetulan pula Seth berada di luar dan dalam perjalan pulang. Seth menumpangkan Nora ke butik baju pengantin, dan membatalkan mesyuarat.
No comments:
Post a Comment